Apakah APEL?

APEL khususnya APEL (A) ialah kaedah untuk menilai pembelajaran terdahulu untuk kelayakan kemasukan ke program akademik. Contohnya menggunakan sijil APEL untuk memohon sijil dan diploma tanpa sijil SPM

Bagaimana ingin mendaftar APEL?

Langkah pertama pendaftaran ialah dengan mendaftar di laman web MQA iaitu di https://www2.mqa.gov.my/APEL/APEL_A/CheckDaftar.cfm. Seterusnya anda boleh mengikuti  langkah seperti yang dipaparkan di laman web tersebut.

Apakah persediaan yang perlu dibuat sebelum mengambil ujian Aptituted?

Anda perlu mengulangkaji pelajaran peringkat UPSR dan PMR (untuk T3) sijil atau Diploma (untuk T4). Kursus persediaan APEL ada disediakan oleh pihak kami.

Berapakah bayaran bagi mengambil ujian yang disediakan oleh APEL?

Bayaran untuk kemasukkan APEL T3 dan T4 adalah sebanyak RM 240. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi 03-23031981 atau E-mel di apel@goon.edu.my.

Bagaimana menghasilkan portfolio?

Anda harus download template portfolio yang telah sediakan. Template tersebut boleh download di pautan berikut.

Apakah yang akan dinilai dalam portfolio?

Portfolio perlu mempunyai bukti-bukti dari segi pengetahuan, kemahiran menyelesaikan masalah, pengalaman, bekerja dalam kumpulan , pengurusan maklumat , kepimpinan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Bilakah penilaian APEL dijalankan?

Tarikh ujian aptituted disenaraikan di dalam web apel Kolej Antarabangsa Goon.

Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan sijil APEL?

Sekurang-kurangnya tempoh 3 bulan yang diperlukan dari tarikh pendaftaran sehinggan penerimaan sijil APEL.

Pengenalan